Khamis, Disember 27, 2012

TOMBOY VS TARBIYYAH


“mek, sjak bila dapat Nur nak pkai tdung labuh ni?”

“whoa, Aimi sekarang dah muslimah lah. Tudung pun dah sampai bawah”

“eh weh, kepit dah kau sekarang. Ape cer? HAHA”

“amboi kau.. sokmo dah sekarang dengan hadis hadis and ayat al-quran kau kat facebook tu.”

Tarbiyyah. Tarbiyyah mengajarkan aku erti perubahan sebenar. Berubah dan mengubah. Sweet kan term tu. Sejujurnya, aku mula jatuh cinta sebenar-benar cinta dengan tarbiyyah setelah hampir setahun aku di dudukkan dalam lingkungan iman atau sinonimnya, Halaqah. Why taking so long time? Kerana aku di beri peluang untuk memilih, dan Alhamdulillah, Dia memperlihatkan keindahan dan kecantikan tarbiyyah dalam bulatan gembira ini. Dia masih menginginkan aku untuk berada dalam kelompok yang sama-sama mencintai Dia. Oh, so sweetkan Tuhan kita.

Teringat semasa zaman masih bawah umur dahulu. “You, budak Tomboy!”. Ye, budak tomboy. Seorang gadis yang fizikalnya masih seorang gadis perawan, tapi akhlak dan tingkahlakunya persis seorang anak teruna. Lasak, ganas, rock kapak. Malahan kadang-kadang, agresifnye lebih-lebih lagi dari seorang lelaki. Saban petang, seru geng satu kampung turun padang, ajak main bola. Seawal usia 10 tahun, dah enjoy main terjun-terjun dari tingkat bangunan sekolah. Main atas kren gali dan menggali bukit konon-kononnya nak cari kristal. Bila bergaduh, ada sahaja cermin yang menjadi mangsa. Keluar rumah, paling tidak pun, rambut bersanggul dan disorok dalam topi. Jahilnya aku. Silap aku, tersalah pilih lingkungan.

Tapi hari ini, perlanggaran antara aku dengan tarbiyyah, merupakan hadiah terbesar dari Allah S.W.T buat seorang gadis 19 tahun yang masih merangkak dalam dakwah. Hari ini, aku adalah seorang gadis yang baru. Kalau dahulu, allergic sungguh dengan penggunaan kata “awak.. saya..”. Paling common pun, “Relax lah bhaii…”, “Hek eleh bro, kerek gilaaa”, “babe, ko buat slack mood org je d*wh”. Tapi hari ini, tarbiyyah mengajarkan aku untuk mencintai akhlak dan peribadi mulia. Tak mudah melenting, banyakkan bersabar dan mula lebih menjaga kata-kata. Seperti kata pujangga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ye dok?

Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Betullah firman Allah,
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” [Ar-Ra’d : 11]

Memang hidayah itu milik Allah, tapi kita tak berhak menyatakan “belum sampai hidayah lagi” walhal hidayah sudah ada sejak 1400 tahun yang lalu, sejak al-Quran al-Kareem diturunkan. Hidayah itu mahal, dan sangat mahal. Walau di tawarkan kepada jutawan sekalipun, belum tentu mereka mampu membeli hidayah dan tarbiyyah itu. Hidayah bukan seperti jodoh, yang memang sudah tertulis siapa untuk siapa. Tapi hidayah itu perlu dicari. Hanya orang yang mencari sahaja dihadiahkan nikmat hidayah sebenar-benarnya. Hidayah nak bertudung, hidayah nak menjadi lebih baik, hidayah nak mempunyai halaqah sendiri, malahan juga hidayah dalam nak berkorban sepenuhnya untuk Allah dan agama-Nya.

JOM! Jadikan kenangan silam sebagai titik tolak untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bukan sekadar dijadikan jeruk, yang langsung tidak di ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kalau kita katakan kita tak mampu nak berbuat, maka itu adalah satu PENIPUAN. Kerana Saidina Abu Bakar mampu mengetuai pasukan perang meskipun baru 3 bulan beliau bersyahadah. Kerana Bill Gates mampu menjadi antara yang terkaya di dunia meskipun dia gagal dalam pelajarannya. Kerana Sultan Muhammad Al-Fateh mampu memerintah seawal usia 19 tahun dan menawan Konstantinople ketika berusia 21 tahun! Kita hebat, Islam itu hebat. Kalau bukan kita yang memenangkan Islam, maka siapa yang akan memenangkan ia? Segalanya adalah bermula dari kita. Mari kita kembangkan tarbiyyah Islamiyyah, dan dakwah ilallah. Allahu Akbar!

Selasa, November 06, 2012

dont be shock ! IT IS WHAT WE CALLED AS, MATURITY :)


Bismillah walhamdulillah. celik celik mata, subhanallah.. tangan, jari kaki, gigi, lubang hidung, semua pun masih sempurna. Tengok IC, masih berstatus Islam, alhamdulillah. Tapi sejauh mana aku berIslam ? *berteleku sambil tangan di dagu*. Termenung muhasabah sejenak, smbil regang regangkan badan penangan tidur di dapur. Selesai segarkan diri dengan wudhuk, dan bersenam Subuh (solat subuh, solat di hening pagi + sejuk + menyegarkan ! ^_^) alhamdulillah untuk ke-double-triple kalinya, sebab Allah masih mengizinkan aku untuk menjadi seorang yang lebih baru harini. Dengan Iman yang cuba untuk diperbaharui, dan dengan syahadah yang baru dan yang pertama-tamanya untuk hari ni.

to be shocked !
YA ALLAH, BLOG NI SEMAKIN MATANG !
hehe, insya-Allah. sedang cuba dimatangkan seiring pematangan diri *upps*agar mudah dimanfaatkan oleh orang lain jugak :)
#depends pada keperluan masa. ^_^

bukan aku yang sempurna meninginkan berjuta juta follower sampai dapat award and capture capture gambar kejayaan duniawi yang seketika,
bukan aku yang cun melecun menginginkan pujian dari pembaca yang hot-melehot,
bukan aku yang serba alim yang menginginkan setuja tingkat respect dari mereka yang masih mencari damai di hati
dan semua nya pun bukan lah aku melainkan aku hanya manusia biasa
yang menginginkan kebaikan buat diri sendiri,
yang sekadar mampu berkongsikan apa yang termampu.
segala ilham yang bernas mahupun ber-nas hanyalah hadiah sementara dari Allah, tapi setiap yang tersilap tu adalah lahir dari kekhilafan diri sendiri :D

assalamualaikum.

Khamis, November 01, 2012

subhanallah, dia LELAKI HEBAT :D

assalamualaikum,
pagi yang indah, dengan suhu yang entah berapa darjah celcius.
sudahlah diberi nikmat hujan, ditambah pulak dengan nikmat sejuk air-cond office pulak
subhanallah, byk nikmat nikmat dari Allah tu. kan kan kan, ^_^ *tiup tiup tangan, kasi haba sikit*

fuhhhhh ,
tiup segala kekotoran yg ada depan laptop ni,
kasi tepis semua semak samun yg menggunung atas meja ni.
Alhamdulillah,
bersih dah semua. *ye ke?*

Alhamdulillah for the second time,
sebab melihat abah yang semakin hari semakin membesar dengan sihatnye.
lebih lebih lagi, perutnya yang comel tuuu .. wee ~
#dah puji ni, ape lagi? OPEN TABLE lahhhh XD
May Allah Bless with your 1965-forever. selamat menjadi warganegara malaysia utk tahun yang ke 47 [^^]y.






hok tu diaaa, kek bertingkat tu bro.
funky betul ! XD
dah besarr dah abah ak ni. ^_^






I wish I could get my future zauj as superb as MR.TOUGH, en.suhaimi bin mohd husaini ni ^_^ or else, bit better than abah laa. HEHE, mesti mau lebih punyaa , ,

Alhamdulillah, Allah bagi nikmat kebolehan yang sangat sangat sangat banyak pada izatun's handsome guy ni.
antaranya ? HAHA , nak habaq gak ka ? nnt ad yang rasa tercabar nnt ^_^

He is very talented dalam bab wiring, bina rumah bagai(repair siling, pasang tiles, etc), masak tu jangan kate lahhh .. cnfirm licin ! and, banyak lagi lahh . cnfirm tak habis type kalau nk mention one-by-one. cuma, tak pernah nampak abah baking or menjahit lagi lah XD
yang paling best !! --> solat berjemaah setiap maghrib . yaasin ramai ramai setiap khamis malam. rasa skit aura baiti jannati dalam rumah tu :D

HUHU ,
insya-Allah, dari firman Allah,
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [At-Tahrim : 6]

lepasni msti lagi meriah kalau dapat buat halaqah ramai ramai kt rumah.
HEHE ,
buat jadual sapa yg nak bagi pengisian setiap minggu . cnfirm best gilaaa . :D *i wish . . . excitedddddd*

k lah, segala yang baik and best best belaka tu daripada Allah. segala cacat cela or over-reacted dalam penulisan tu adalah dari kekhilafan si tukang tulis ni sendiri.
semoga Allah merahmati setiap mata mata yang membaca.
and to dedicated person jugak, especiallynye lahh ~
ibu, u very beruntung to get husband like my abah ^_^

wassalam .

Sabtu, Oktober 27, 2012

AKU SEORANG IBU . siapa AKU ?

bismillah , sedikit coretan atas pemerhatian .
smalam dah keluar sbijik mentol atas kepala tntg bnda yang nk di update .
tapi tu lahh
idea yang macam awan .
berarak tanpa boleh dikepung . kalau di peluk , pecahlah awan tu :D *apehal puitis sgt entah -.-*
konklusinya , xingt dah benda apa nak di update tu . HUHU .
so harini , kita teruskan mencuci habuk di belogceput ni dgn menaikkan post baru ! HUYEAH HUYEAH .

tentang , siapa 'AKU' ?

aku adalah seorang DOKTOR, cemas bila anak-anak & suamiku diuji dgn kesakitan, pasti aku lekas merawatnya.

aku adalah seorang USTAZAH, mendidik anak-anakku bertatih dari Iqra' hingga berlari mendapatkan Al-Quran.

aku adalah seorang GURU, mengajarkan ilmu dunia yang tak seberapa, hingga ilmu akhirat yang selamanya, sekadar yang aku tahu.

aku adalah seorang PEMANDU, menghantarkan anak-anakku ke sekolah saban pagi.

aku adalah seorang TUKANG MASAK, seawal subuh celik mataku, memikirkan menu agar anak-anak&suamiku tidak berpergian dengan perut yang kosong.

aku adalah seorang CLEANER, memastikan semua isi rumah teratur agar anak-anak&suamiku selesa setiap kali menjejakkan kaki di sini.

aku adalah seorang HAKIM, mengadili setiap perbalahan antara anak-anak kecilku.

aku adalah seorang PENGAWAL, mengawasi setiap gerak geri keluargaku agar mereka sentiasa dalam kondisi selamat dan baik-baik sahaja.

aku adalah seorang PENIAGA, mencari sedikit lebih wang untuk cover-up keperluan harian suami&anak-anakku, dengan membuat kerja sambilan.

tak cukup di sini aku menceritakan siapa aku. kenyataannya adalah tetap sama, AKU ADALAH SEORANG IBU. seorang ibu yang memastikan yang terbaik untuk setiap anak-anak&suami.
seorang ibu yang pantas mengalirkan air matanya bilamana hati kecilnye disentuh dan diguris.
seorang ibu yang sanggup berbuat apa shj utk menggembirakan dan menyenangkan hati anak-anak dan suaminya.
seorang ibu yang selalu merindukan kebahagiaan dan pertemuan hingga di syurga kelak .

ya , AKU LAH IBU ITU !

insya-Allah , semua ni di creditkan utk semua ibu ibu di dunia. hari hari adalah hari ibu. semoga setiap penat lelah ibu menjaga kesihatan jasmani dan rohani kita, mndapat imbalan berkali-kali ganda di akhirat kelak. ape yang ibu perlu tahu, aku tahu setiap yang ibu rasakan. BERSABARLAH kerana setiap janji Allah itu benar.

iloveyou IBU.
forever love and special creditted to IZATUN NAIMAH MOHD ALI.

alhamdulillah kerana aku dikurniakan ibu & abah seperti kalian !

salamun alaikum.

Isnin, Oktober 22, 2012

PAKEJ UJIAN

bismillahi awaluhu waakhiruhu .
Pagi yang indah buat para pembaca yg comel lote sekalian *bodek sokmo*
alhamdulillah ,
sebab dalam kita ber-blog-walking blog orang lain , ESPECIALLY BLOG 'sukeHATIaku' ni , *kembang-kempis-kembang*
Allah masih bagi kita peluang nak beriman, berIslam and yang paling penting, BERTAUBAT.
fullamak aihh , semua nikmat pun Allah nak bagi ,
tokse beli borong, dapat terus dah . HUHU ..

*ketuk ketuk keyboard, alhamdulillah masih in well functioned :D*
Teruskan .....
tapi sebelum tu , tarik nafas tinggi tinggi dulu, kemudian hembus rendah rendah .
DONE ?
okay ,
nah upah atas semangat anak-anak Aunty menarik dan menghembus nafas ..
HOHO , suke tak suke tak ?
*abaikan excitedness itu*
okay dah , tu je nak habaq mai .
saje nk hilangkan karat kat blogseput a.k.a blogsemput ni XD

nanti akan datang kalau rajin, Aunty cte asbabun-nuzul post ni dinaikkan ye:D

@LAB , im comingggg . .

salam alaik :)

Jumaat, Oktober 05, 2012

DAKWAH , apa pndapat kamu ?

buft buft buft #tiup habuk sambil hentak hentak keyboard .

assalamualaikum :)
kaifa haluk ?
rasa dah berkurun jugak tak tepuk habuk blogsepot ni kan  ,
bukan takat berhabuk , berkutu , berhama . . semua pun naik .
KEPAM !

okay , tak mengapa . . kita tinggalkan sbntar segala bau yg datang menerpa .
kita proceed pada quote yg baru menerjah akalku :D #senyum lebarlebar .
ape tu dakwah ?
adakah ianya sejenis pokok ? or mungkin , jenama kasut ? atau , perencah makanan , mungkin ?
to be introduce utk yg belum merasakan seronoknya dakwah ,
dakwah menurut segala macam kamus adalah , menyeru atau mengajak .
bukan mengajak ke mid valley , mahupun menyeru jin dan hantu, dsb .
tapi yg dimaksudkan dgn dakwah adalah ...... jeng jeng jeng .. mengajak/menyeru kpd Islam .

xprlu bgtahu mksudpun mmg smua org tahu kan .
well well well ,
to be well-rounded Muslim , we need to know everything kan . 'betul ke ?'
tapi , sejauh mana kita thu kewajipan/kewajiban berdakwah ?
sejauh mana kesungguhan kita dalam mendakwahi org lain ?
kuat mana hati kita dlm menerima dakwah dari mereka yg pada asalnye dirasakan extreem/terrorist ?

kata Mat Despatch , Hang Pikiaq Lah Sniri .


Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33).

JEJOM kita vote tahap kesenangan berdakwah !
siapa undi dakwah itu mudah ? #tu , tu , tu (tuding jari telunjuk konon-konon mengira mreka yg mengundi)
siapa rasa x ? #tu , tu , tu (masih dgn gaya yg sama)

okay xpe :)
walau macam mana dirasakan susah tahap gaban nk berdakwah or betapa senangnye dakwah tu mcm kupas kacang cap Ibu jari kaki ,

apa yg perlu kita tahu adalah , DAKWAH ITU MENYERONOKKAN :) #senyum sambil tepuk2 tangan.
sebab apa ?

1. berganda ganda mulia sbb kerja para Nabi dan Rasul . seriously , Aunty tak tipuuu ni oiii  . .
Firman Allah S.W.T: 

(رُسُلاَ مُبَشِّرِيْنَ وَمُنْذِرِيْنَ..)
Maksudnya: Para rasul yang memberi berita gembira dan pemberi amaran. [An-Nisa': 165]


2. dapat berlepas dari tanggungjawab ^^ . 'boleh x ?'
Firman Allah S.W.T :
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa. [Al-A'raaf : 164]


3. bilangan pahala yg diperoleh byk gilaa , xde ape pun boleh celen . (*sambil buat muka eksyen XD)
.لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌُ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ

Hadis riwayat muslim. Maksudnya: Dengan sebab usaha dakwah kamu, seseorang lelaki mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T itu adalah lebih baik dari unta merah(unta yang paling mahal di sisi orang-orang Arab).


4. dapat berkenalan and paling penting , memperkenalkan diri . hehe , menyambung ukhuwwah ! :D

لاَ يَبْلُغُ عَبْدٌ حَقِيْقَةَ اْلإِيْمَانِ حَتَّى يُحِبَّ لِلنَّاسِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ مِنَ الْخَيْرِ. 
"Seorang hamba tidak dapat mencapai hakikat iman, hingga ia mencintai kebaikan untuk manusia seperti yang ia cintai untuk dirinya."


wohaaaaa . . 
baru kasi 4 benda best bila berdakwah kan :) so ape lagi , jejom kita sama sama menyampaikan or perkenalkan Islam pd kwn kwn kitaa , jiran tetangga , senak saudara pun ! HUHU ,

insya-Allah , ckup dlu kut dgn beratus ratus bilangan huruf ni 
moga Allah redha dgn setiap yg kte perbuat :)
salam alaik .

Khamis, Jun 14, 2012

AKU NAK JADI DIRI AKU SENDIRI !

bismillahi awaluhu wa akhiruhu ,
hati ni terdetik , tangan ini berketik , air mata ini menitik #whoaa , bahasa A.Samad Said ni brooo . HAHA ,
okay , back to the feeling .
insya-Allah dan alhamdulillah ,
Allah menitipkan 1 rasa dan ksedaran dalam hati ni , untuk bermonolog bagi pihak org lain
sila baca dengan penuh penghayatan .


DULU saya badar ,
DULU saya sekolah agama ,
DULU saya pakai tudung labuh ,
DULU saya segan nak kawan dgn laki ,
DULU saya yg menghidupkan usrahusrah di asrama ,
DULU , DULU dan DULU .

tapi sekarang ?
bila saya xpunya tarbiyah ,
dan bila saya tak merasakan ingin bersama tarbiyah ,
saya makin jauh kebelakang ,
saya makin mendekati jahiliah .

DULU ,
saya badar kerana saya dipilih ,
saya sekolah agama kerana saya dpt tawaran ,
saya pakai tudung labuh kerana tuntutan pihak sekolah ,
saya segan berkawan dengan laki sebab saya adalah badar ,
saya hidupkan usrah di asrama kerana itukan tanggungjawab seorang badar.

tapi semua tu dulu ,

sekarang ,
saya dah temui jalan hidup saya ,
SAYA NAK JADI DIRI SAYA SENDIRI !
SAYA TAKNAK HIPOKRIT !

jadi , ape pendapat cik puan dan cik tuan yang membaca dgn sepenuh prasaan bagai nak rak tadi ?
ada rasa macam nk pecahkan helmet sapesape ?
atau ,
rasa mcm nak baling selipar kt skrin laptop ?
sabar , tu semua bukan akhlak Rasulullah .. wee ~

tu lah manusia ,
apa yg kita nampak sekarang .
bukan nak kata sekolah agama tu tak elok ,
bertudung labuh tu tak elok .
TIDAK , TIIIIIDAAAAAKKKKK sama sekali #emosi plak tetiba kan . HAHA ,
cuma apa yg sayangnya ,
manusia manusia spesies ni lah(SPESIES YANG NAK JADI DIRI SENDIRI) yg payah nk ditarbiyah .
yang merasakan diri dah cukup hebat ,
yang merasakan diri dah cukup berilmu .
kadang, merasakan mentarbiyyah mereka yang asalnya jahil lebih mudah dari nak mengajak org yg PERNAH BERAGAMA seperti tadi utk kembali ke jalan tarbiyyah .

maka ,
konklusi yg dibuat ,
tudung dipendekkan ,
pakaian adik diguna pakai  #"habis adik nak pakai ape ?" , kata adik pada kakak .
berjalan seiringan dengan lelaki ,
mula adegan tepuk tampar ,
yang duduk hostel ,
tak ingt nk balik bilik meski dah pkul 3-4 pagi atas alasan STUDY .
pirahh bang , STUDY nye sungguh .


ape yang nk dtekankan kt sini ialah ,
pentingnya TARBIYYAH .
jgn bertarbiyyah hny ketika berjawatan , hny ketika sekolah agama ,
tapi , teruslah ditarbiyyah , bertarbiyyah dan mentarbiyyah diri dan masyarakat meski nyawa dah sampai ke pangkal kerongkong .
berbuat lah kerana Allah ,
berlapang dada lah dalam setiap yg diperbuat .
insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan
hehe ,
tu je buat masa ni ,
sekadar menghilang kan habuk di BUKU LOG ,
melincirkan perjalanan corat coret cerita .
moga setiap perkataan membawa ibrah pada diri .
salam pagi , :)

Khamis, Mei 17, 2012

ENGLISH COTTON && THAI SILK , SERIOUSLYYY below RM60 ONLYY !!

salam alaik ,

dikeheningan malam ,
termenung ku berseorag ,
tak lena mata di pejam ,

dek mnunggu orang tempah kain (#ke parit sudahh)

alhamdulillah ,
Allah msh bg ksempatan utk mrasa nikmat seronoknya berbisnes ,
dapat lah jugak merasa masinnya peluh mencari pelanggan ,
susutnya berat fikirkan strategi nk gencarkan bisnes .
anyway pun , seriously sunnah Rasulullah yg 1 ni mmg kentang best dan menarik .

jadi ,
dek kerana terlalu menarik , tertarik dan ditarik ,
Aunty nk amik kesempatan mempromot kain pasang jap XD

Insya-Allah , barang yg diniagakan adalah dari sumber yg halal , dijamin !
kain pasang 100% PURE ENGLISH COTTON dan THAI SILK ,
(ini adalah link :))
both pun dijual dengan harga below RM60 !!
WHATT ? ? ! !
MURAH GILAAAA . .
biar betul ?
...
betul ni , mana ada tipu2 :)
insya-Allah , ni antara kain yg dijual ,


untuk tgok pattern lain , blh click "100% PURE ENGLISH COTTON dan THAI SILK " .
seriously , MURAH memang MURAH .
kalau kt luar , common price , RM75 ++
selamat membeli belah .
jazakillah :) salam alaik .

Khamis, Mei 10, 2012

kalau saya SUKA awak pun saya takkan bagitahu sebab . .

bismillah wassalamualaikum :)

(fuhh fuhh , tiup tiup dashboard , kasi vacuum sikit , berus dawai kt celah celah skrin bagi berkilat)
asif jiddan di atas ke-tidak-sempat-an Aunty mencurahkan , menghamburkan dan menjiruskan kata kata di dalam BELOG bintang sakti ni . (#lap peluh sikit)

maaf jugak sbb stamina dalam menaip pun dah semakin mengurang ,
dek kerana sudah jarangnya bersenam-lenam [*adaptasi dari kata bersenang-lenang -.-"]
tapi , usah ngirau , stamina gigi geraham serta tulang rahang semakin bertambah , dek kunyahan yang melampaui dos . (#metafora sangattt . . )

yinnadeyy !! direct to the titik please ,,
okay , apakah ? yang cuba disampai ini ?
begini cerita nya . .

encik : salam
cik : wassalam wbt , ni spe eh ? mne dpt no ? [tiada penggunaan sebarang nada di sini .]
encik :  nie Aunty erkk
cik : ... ? ni spe eh ?
encik : gendut . 
encik : ak mcm nmpk ko kat lowyat, ak lalu sebelah kau jea , ko jea tak nmpk , ak beli brg skit . N . skrg ak dah nk balek
cik : oh , ak pun nak balik dah ,
encik : Ouhh , take care , kau nmpk len . tak branie ak nk tgur td .

sekian sahaja perbualan setakat tu 
takprlu kut nk dipanjang lebarkan cerita dengan menokok tambah jalan cerita mahupun dceritakan situasi sekian dan sekian ,
skdr dapat baca bait bait mesej tanpa sebarang unsur tu pun dah ckup men-seronokkan kan .
dan disini bermula lah senyuman realization (bukan senyum tiga mahupun sengih hangit ye)
dan Aunty pun realize lah bahawa ,
Maksudnya : Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu
yes , He did protect me . Alhamdulillah , subhanallah .

ingt nak share prntScr lagi 1 , tapi tak ingt dah pegi mana . .
katanye , "insya-Allah , kalau saya suka awak pun , saya takkan btau sebab saya respect dan hormat pd awak"
so kepada aweks aweks, makwes makwes diluar sana , 
andai taknak diganggu gugat ,
mahupun dikacau bilau ,
maka pelihara lah diri kita , pakaian kita , hati kita , iman kita , insya-Allah , Allah akan pelihara kita sebaik-baiknya , sepertimana usaha kita dalam memelihara maruah kita :)

semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan dan golongan yang menjaga diri sehabis baik ,
&& moga diri ini di infaq kan semolek-moleknya utk agama Dia :)

#maaf , post ini bukan utk membangga mahupun memperasankan diri , tapi sekadar nak kongsi ibrah disebalik perubahan diri yg hina ni , yang dahulunya lebih cacat , insya-Allah moga Allah masih bagi peluang dan kesempatan pada diri ni , diri blog-walker dan diri semua saudara seIslam utk jadi lebih baik , lebih indah dan lebih terpelihara dari sebelumnya . amin ya Rabb . salam alaik ,

Rabu, April 11, 2012

[GEMPA BUMI] Allah hny pada bibir , tidak pada hati .

bismillahirrahmanirrahim .
salam alaik buat para hadirin dan hadirat sekalian
trimakaseh kerana sudi menghadirkan diri di dpn bloggg Aunty ni wokey XD
#kehadiran akan di ambil dan dimasukkan ke dalam coursemark ye anakanak :)

bersempena gempa bumi yg blaku hari ni ,
terdetik satu rasa , satu fikiran . .
ketika ini , Allah hanya pada bibir . . tidak pada hati .
cuba tgok berapa ramai yg sebut , "ya Allah , takutnyee . . tsunami nak melanda"
cuba bukak facebook , tengok berapa ramai naik post pasal tsunami , bencana bla bla bla .

tiada pengharaman untuk sesi zoom menge'zoom' .

cuba tengok . cubaaaaa tengoookkkkkk ! #bukan tengking , tapi sekadar menekankan je :)
dah tengok ? okay , teruskan .

semua takut bagai nak rak ,
Allah baru uji dgn ombak kelajuan 300km/h (mgkin ni bukan fakta , tapi kalau Allah berkehendak . ape pun blh jadi . . kan ?), etc
dah takut sana , dah takut sini .
tapi ,
yang couple masih dengan couplenye ,
yang dating masih dgn datingnya ,
yang korea masih dgn k-pop nye ,
yang tak solat masih dgn keadaanya tak solat .

sedih .
takut pada tsunami lebih dari takut pada Allah ,
andaikata Allah tak menghadirkan gegaran ,
mungkin kte semua masih syok , masyuk , tangkap leleh melayan dunia . .
doa sebesar habuk pun kita tak hingin nak minta .

tapi , Alhamdulillah . .
Dia syg kita , Dia hadirkan secubit ujian . . hny secubittt . . belum segenggam , belum sedebuk .
untuk sedarkan kita betapa jauhnya kita dari Dia ,
betapa lamanya kita tak meminta daripada Dia ,
semuanya betapa betapa lah .

taklupa jugak , tapi untuk . .
innalillah . .
buat yg tak sedar lagi ,
yg tengah dating , rasa gegaran . . terus peluk pasangannye (#protective lah konon)
yg tengah couple , rasa gegaran . . terus sms pasangannya , "ayang2 , sayang tatut lawh . . nak tsunami niew"
yg tengah kira duit , rasa gegaran . . terus packing duit dalam bagasi . takut basah punya pasal kan ,
yg tengah rempit , rasa gegaran . . terus pecut selaju boleh . kalau boleh , nak kalahkan kelajuan ombak , 200km/h . kalau dpt pecut 201km/h pun dah kira boleh selamat lah tu ?

wallahualam wa nauzubillah .
moga dijauhkan dari dari tergolong dlm golongangolongan yang melupakan mati , melupakan akhirat , melupakan Allah !

teruskan berdoa , teruskan mentarbiyyah diri . jgn tggu mati baru nk berubah , jgn tggu saat dihisab baru nk minta dikembalikan ke dunia .

Ya Allah , selamatkanlah kami dari kealpaan dunia , dari azab kubur , dari siksaan api neraka dan dari tipudaya Dajjal ! tetapkanlah kami dalam agama-Mu , peganglah iman kami .
amiin ya Rabb .
semoga samasama dapat berfikir dengan waras . salam alaik ,

Selasa, April 03, 2012

dialog manusia tak berfikrah

SALAM ALAIK ,
nak kongsi dialog mengkerepek (merepek) antara tukang perli yg bijak mencucuk , dgn tukang diperli yg mendap tercucuk . .

dedah aurat ,
soalan , "family tak kisah ke awk pakai seksiseksi ni ?"
jawapan , "ALHAMDULILLAH, mereka terima sy seadanya ."

zina (couple) ,
soalan , "agak2 bkekalan ke pcintaan 'kurang halal' awk ni ?"
jawapan , "INSYA-ALLAH , doakan kami bahagia and terus mesra dan happy bersama " (-.-?)

artis pujaan
soalan , "apa pendapat awk tntg artis ni ? (smbil tunjuk gmbr artis korea yg sexy)"
jawapan , "SUBHANALLAH , cute gilewww . . kalau lah sy dpt jadi mcm dye ."

apakah ? ? ? ?
sgt memalukan bila umat sekarang mncmpuradukkan agama dengan syahwat .
semoga kita terus dipertemukan dgn Islam yg sebenar , bukan dgn ORG ISLAM yg memperbodohkan diri sendiri .

muhasabah diri setiap hari amat diperlukan :)
demikian shj curahan hati sepenuh telaga biru XD
salam alaik ,

Khamis, Mac 22, 2012

jangan lokek dlm menasihati :)

salam alaik ,
jazakillah diatas tahap ke-CONCERN-an anakanak , adikadik , beliabelia atas kekhilafan org berumur mcm Aunty ni . . wuu ~
alhamdulillah sbb Allah msh bg kita nikmat Islam dan iman kan , sgt rugi utk org yg mensia-siakan 2 nikmat terbesar , terberat , tergemuk . . konklusinya , terpenting lah !

mungkin kesilapan teknikal , keterlepasan pandang , keterujaan meng-edit header (sungguh -.-) telah membuahkan hasil yg seperti ini ,


dan alhamdulillah , sekarang header dah baruuuu ~ [#lebih bersemangat nmpaknye padahal xbyk beza pun kan . ahaa]

ibrah (pengajaran) dari sini ialah , jgn takut kalau nk tegur , setiap manusia melakukan kesalahan kan . . insya-Allah , berlapang dada lah dlm menerima nasihat kalau nk jadi yg terbaik .
wow ! Aunty nk jd yg terbaik . . so semua , sila lah nasihat nasihat ye . (^^) samasama menasihati utk kebaikan ..

akhirulkalam ,
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

salam alaik ,

Selasa, Mac 20, 2012

KEM KENALI IPT 2012

salam cik adikk manisss , cik adik masinn , dan cik adik 3rasa :)
Aunty comel nk share sebenda ni .
and nak meminta sepenuh hati , jantung dan paruparu adik adik semua utk turut mengeSHARE sebenda ini ye .. #blupblupblup

Assalamu'alaikum wbt,

Nantikan program terdekat Neo Synergy Training Centre..Istimewa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang bakal melangkah ke Alam IPT mahupun Matrikulasi...Pendedahan kaedah pengurusan dan persiapan yang seharusnya sebelum menuju ke menara gading daripada fasilitator pelbagai IPT yang terkemuka (UTP, UKM, UIAM, USM, UPM, UTM, UiTM, UTeM & UniKL)..Pastikan adik-adik mahupun anak-anak kita mengikuti kem yang julung-julung kali diadakan ini...Terimalah.......




holahh , program sapoo ni ? ngehehe .
harga sangat berpatutan . #buatmuka bersungguhsungguh !
seriusly , rugi klau tak join . pada zaman dahulu , Aunty pun pernah join :) #senyumlebar .
serius memey khawkhaw lewww .

semua yg menyertai , tersertai mahupun disertai . .
akan didedahkan secara HALAL dengan informasi yg SANGGGAAAATTT banyak tentang alam universiti nanti .
ade rezeki , dpt masuk U sama dengan abg or kkak fasilitator , boleh buat fasi jadi abang or kakak angkat . masuk universiti dah senang , kurang lah keterkontang kantingan hidup di universiti nanti kan .
#notalutut : tapi ini takbermakna kamu semua boleh menjadikan angkatangkat kamu ni sebagai tukang angkat barang 5kg++ bila dah daftar masuk nnti ye XD kalau sekilo dua boleh lah kami tlg angkat kan :)

tu je promosi utk sekali ini .
selamat mendaftar ! (CONTACT NO YG TERTERA)

SELAMAT MENJAGA IMAN , salam alaik .

Isnin, Februari 27, 2012

saya di dunia , SAYA DI AKHIRAT .

salam alaik .
heh y'alls , pa habaq ? kabare ? how are you ? ni hao ma ?
#bahasabahasa yg lain boleh lah di praktikkan secara monolog ye ,

nk ditanyakan bukan skdr habaq badan yg makin geDEBAB mahupun ciKEDING . .
tapi tringin jugak nak korekorek habaq iman , makin BERKEMBANG tak ? :)
kalau makin menipis setipis kain penapis teh tarik ,
ulangkaji lah balik amalamal lepas , and simen balik iman tu bagi tebal and berat ..
wuuu ~
gilaa lah kata-kata. membara sungguh . kalah puisi A.Samad Said .
ni kalau bawak ke depan , boleh famous cepat ni XD

maaf dpinta dari hujung kutu ke hujung cekam dek sebab punya lah amat lama tak menjenguk blogspot dot com ni .
dah makin suram and malap kan kan, (sambil bkata dalam nada yang amatlah sayu)
#okay sudah , sudah . jangan menangis disini .

sooo , anak anak yang bukan anak anak Aunty yg tga khusyuk gilaa menatap skrin 14inch smpai naik power kanta pembesar ni ,
dengan bergemuk hatinya Aunty nak share satu picture .
#yeay yeay , yeay yeay . .(melompatlompat smbil buat muka yg sangat menterujakan -.-)


"wow , chunteq gilewww . . !! shemart kuwtt"
okay , itu bukan terms yg sgt digalakkan utk digunakan wlaupun hukumnya belum mencecah haram utk dsebut -.- ,
tp lbih digalakkan , sebut "subhanallah , smart sungguh ! serius tak tipu " :)

nk dsambung crite kt sini , (#mcm xde tmpt lain nk cte kan 0.0)
Allah tergerakkan hati Aunty utk mencontengkan bahasabahasa yg serius , tarak copy manamana , ni mmg ilham dari Allah , direct masuk post ni ye , ~~ sweetnyee Dia . hehe ,

jmput menjamah .

saya tak pakai tudung di dunia sbb saya nak prepare , tegalkan kulit kepala masa kena gantung kt akhirat nnt .
saya tak pakai pakaian longgar di dunia sbb sy nk latih sistem pernafasan sy, prepare masa kubur saya disempitkan kt barzakh nnt .
saya tak jaga batas pergaulan saya di dunia sbb sy nak prepare , untuk buat aksi fleksible terjun ke kolam api kt neraka nnt .

nauzubillahi min zalik ,
moga sy , awk , dan kita terpelihara dari jadi SAYA di atas :'(
berubahlah sementara Allah bagi kesempatan utk kita berubah .
Dia tak pernah berhenti bg kita hidayah , tapi kita lah yang selalu menyekat hidayah Dia dari masuk dalam hati .
wallahualam ,

salam alaik .

Isnin, Januari 02, 2012

ouch.. I'M TOUCHED ! [la tahzan , wahai diri]

salam alaik ,
nyett nyett , apakah itu ? HAHA , okay .
sangatlah amat gempak kontroversi yg dtimbulkan oleh title post harini kan .
kan kan ? #sila angguk selaju yg boleh . -.-

alhamdulillah harini ,
Aunty dpt merasakan yg Allah sangat sedang bersama :)
mengapakah ? bagaimanakah ?
Dia turunkan ujian (bukan hujan ye , sila baca elok2 .)
nak uji tahap kesabaran mental dan kekuatan gegaran otak menahan sabar ni .
sila ambil perhatian !
BERSABARLAH ANDAI DITIMPA MUSIBAH ye :)
walaupun musibah hati , ianya tetap musibah .
tanda Allah tak terlepas pandang kitaa . . aww , sweet gituw .

apecer kah ape cer kah ?
okay gini bengkang bengkok critenye ,
this week is our study week ,
as khamis ni dah start paper CALCULUS kan , (bolehboleh nak bold besar2 . mcm ngerisangatso berhajat dan bersenyum besar lah ikut cik joyah pegi study group dye (was invited by cik joyah , nt but their other members .)
kumatkamit mulut bebel , "joyah , sy segan lah nk join , sbb sy xdijemput pun ."

tup tup tup lepas menapak kat tengah2 pulau study group tu,
"eh ? okay , joyahh . . mcm mmg xde tmpt utk saya je . (#dlm hati , nmpk sgt lah aku ni penyibuk -.-) ade satu sit je utk awak , xpelah T_T"
then adelah Senah ni ajak duduk sbelah bliau . maka , dgn girang lah terhempaskan diri kerusi smpi bergegar mejameja yg ade dek kerana vibration yg terlalu kuat frequency nye tu.

takbeberapa lama lepastu (#padahal dah dekat sejam lebih duk situ -.-)
some of set utk next study group
so mcm excited lah pulakkk nyahh oiii sampai nak melompat2 rasenye nk join next study group.
ade pulak Allah dtg kan someone diiringi dialog , "kau Aunty , tak payah . takde takde , ktorg nk buat bnda lain , ktorg dah ade group sendiri :)"
Aunty y'alls ni pun , "erk , okay" TOUCHED gilaaaa kut sanubari ni . .
tapi xpelah , mngenangkan ni antara musibah kesabaran dari Allah kan ,

LA TAHZAN jelah :)
tu je , so antunna semua . . selamat bermujahadah dan tingkatkan kesabaran serta kentalkan hati ! chaiyok , doakan final paper Aunty ni k!

salam alaik :)

Ahad, Januari 01, 2012

TIADA YANG MUSTAHIL

bismillahirrahmanirrahim
ehem ehem ,
comelkan ... Aunty bace doa mcm ipin . macam upin pun boleh (#walhal tu dua org yg sama je -.-)
weeehhhhh ,
agk janggal serta aneh rsenye bila semenjak , dua menjak , bermenjak2 tak tinggalkan jejak kat blog ni .
alangkaahhhhh . . (^_^)v girangnyeeee ~ #apakah ?-,-

okay , sebelum tu
kamu , anda serta kau *sila cakap dgn nada yg paling lembut sekali agar tiada org trasa hati ye , XD
SILA TEPUK TANGANNNNN sbb akhirnya naik jugak satu post yg sangat apa apa ni .
(tiada "ntah apa apa" disini ye . semuanya adalah "apa apa")
you are allowed to guess where did I edit this . .
CHEEHH ~ nk jugok men tekateka ye cik eton eh ?
tgok border software pun tahu sangat lah tahap kejujurannya .
nampak sgt lah nipunya kalau digembargemburkan "GAMBAR NI SY EDIT GUNA PHOTOSHOP" . . pheuuww . . tak up to date pulak guna photoshop takat edit gini je , kan kan XD

walaupun idok lerr semat mane , yg pnting , Aunty tetap berbangga dgn hsil air peluh tapak tangan ni XD alhamdulillah .

konklusinya , xda benda yg mustahil .
tak mustahil nak edit gambar lawa2 guna microsoft words je ,
tak mustahil nak berubah andai sekarang dirasakan terlalu jauh menyimpang akhlaknya ,
tak mustahil nak berjaya andai ada usaha dan tawakkal hny pada Dia .

semua tak mustahil .
yg pnting , fikirlah scr kreatif dannn . . .
umm , dan . .
pape yg bkaitan dgn daya pmikiran yg diluar kotak lah .
yg pnting keduanya ,
jgn letak otak anda dibawah tempurung :)

sebagai penutup yg sekadar diikat guna getah ikan ni ,
Aunty nak memperingatkan diri dan anakanak sekalian ,
andai kita inginkan yg terbaik , mohonlah pada Allah , dan variety (betul ke eja cenggini ?) kan wasilah mencari solusi sebab "TIADA YANG MUSTAHIL" !

salam alaik :)

#footnote buat yg mengidam nak tahu QuoteNAAS 01012012 yg tersembul kat gambar atas,

"Ukhuwah

bukan boleh diekspresikan

dengan kata-kata

Tapi mampu disampaikan

melalui doa

buat sahabatnya , "