“mek, sjak bila dapat Nur nak pkai tdung
labuh ni?”
“whoa, Aimi sekarang dah muslimah lah.
Tudung pun dah sampai bawah”
“eh weh, kepit dah kau sekarang. Ape cer?
HAHA”
“amboi kau.. sokmo dah sekarang dengan
hadis hadis and ayat al-quran kau kat facebook tu.”
Tarbiyyah.
Tarbiyyah mengajarkan aku erti perubahan sebenar. Berubah dan mengubah. Sweet
kan term tu. Sejujurnya, aku mula jatuh cinta sebenar-benar cinta dengan
tarbiyyah setelah hampir setahun aku di dudukkan dalam lingkungan iman atau
sinonimnya, Halaqah. Why taking so long
time? Kerana aku di beri peluang untuk memilih, dan Alhamdulillah, Dia
memperlihatkan keindahan dan kecantikan tarbiyyah dalam bulatan gembira ini.
Dia masih menginginkan aku untuk berada dalam kelompok yang sama-sama mencintai
Dia. Oh, so sweetkan Tuhan kita.
Teringat semasa
zaman masih bawah umur dahulu. “You,
budak Tomboy!”. Ye, budak tomboy.
Seorang gadis yang fizikalnya masih seorang gadis perawan, tapi akhlak dan
tingkahlakunya persis seorang anak teruna. Lasak, ganas, rock kapak. Malahan
kadang-kadang, agresifnye lebih-lebih lagi dari seorang lelaki. Saban petang,
seru geng satu kampung turun padang, ajak main bola. Seawal usia 10 tahun, dah enjoy main terjun-terjun dari tingkat bangunan sekolah. Main atas
kren gali dan menggali bukit konon-kononnya nak cari kristal. Bila bergaduh,
ada sahaja cermin yang menjadi mangsa. Keluar rumah, paling tidak pun, rambut
bersanggul dan disorok dalam topi. Jahilnya aku. Silap aku, tersalah pilih
lingkungan.
Tapi hari ini,
perlanggaran antara aku dengan tarbiyyah, merupakan hadiah terbesar dari Allah
S.W.T buat seorang gadis 19 tahun yang masih merangkak dalam dakwah. Hari ini,
aku adalah seorang gadis yang baru. Kalau dahulu, allergic sungguh dengan penggunaan kata “awak.. saya..”. Paling common pun, “Relax lah bhaii…”, “Hek
eleh bro, kerek gilaaa”, “babe, ko buat slack mood org je d*wh”. Tapi hari ini,
tarbiyyah mengajarkan aku untuk mencintai akhlak dan peribadi mulia. Tak mudah
melenting, banyakkan bersabar dan mula lebih menjaga kata-kata. Seperti kata
pujangga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ye dok?
Alhamdulillah,
Alhamdulillah dan Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Betullah firman Allah,
“Sesungguhnya
Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri
mereka sendiri” [Ar-Ra’d : 11]
Memang hidayah
itu milik Allah, tapi kita tak berhak menyatakan “belum sampai hidayah lagi”
walhal hidayah sudah ada sejak 1400 tahun yang lalu, sejak al-Quran al-Kareem
diturunkan. Hidayah itu mahal, dan sangat mahal. Walau di tawarkan kepada
jutawan sekalipun, belum tentu mereka mampu membeli hidayah dan tarbiyyah itu.
Hidayah bukan seperti jodoh, yang memang sudah tertulis siapa untuk siapa. Tapi
hidayah itu perlu dicari. Hanya orang yang mencari sahaja dihadiahkan nikmat
hidayah sebenar-benarnya. Hidayah nak bertudung, hidayah nak menjadi lebih
baik, hidayah nak mempunyai halaqah sendiri, malahan juga hidayah dalam nak
berkorban sepenuhnya untuk Allah dan agama-Nya.
JOM! Jadikan
kenangan silam sebagai titik tolak untuk kita menjadi lebih baik dari
sebelumnya. Bukan sekadar dijadikan jeruk, yang langsung tidak di ambil iktibar
dan pengajaran daripadanya. Kalau kita katakan kita tak mampu nak berbuat, maka
itu adalah satu PENIPUAN. Kerana Saidina Abu Bakar mampu mengetuai pasukan
perang meskipun baru 3 bulan beliau bersyahadah. Kerana Bill Gates mampu
menjadi antara yang terkaya di dunia meskipun dia gagal dalam pelajarannya.
Kerana Sultan Muhammad Al-Fateh mampu memerintah seawal usia 19 tahun dan
menawan Konstantinople ketika berusia 21 tahun! Kita hebat, Islam itu hebat.
Kalau bukan kita yang memenangkan Islam, maka siapa yang akan memenangkan ia?
Segalanya adalah bermula dari kita. Mari kita kembangkan tarbiyyah Islamiyyah,
dan dakwah ilallah. Allahu Akbar!
Allahuakbar! :) Indahnya cinta Allah.
BalasPadamnikmat kte knli tarbiyyah!
BalasPadamsokong :) jom kte share nikmat manis nya tarbiyyah dgn kawan kawan yg lain :) utk yg xmerasa lagi, jom jom.. cari tarbiyyah cepat ^_^
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam