Sabtu, Oktober 27, 2012

AKU SEORANG IBU . siapa AKU ?

bismillah , sedikit coretan atas pemerhatian .
smalam dah keluar sbijik mentol atas kepala tntg bnda yang nk di update .
tapi tu lahh
idea yang macam awan .
berarak tanpa boleh dikepung . kalau di peluk , pecahlah awan tu :D *apehal puitis sgt entah -.-*
konklusinya , xingt dah benda apa nak di update tu . HUHU .
so harini , kita teruskan mencuci habuk di belogceput ni dgn menaikkan post baru ! HUYEAH HUYEAH .

tentang , siapa 'AKU' ?

aku adalah seorang DOKTOR, cemas bila anak-anak & suamiku diuji dgn kesakitan, pasti aku lekas merawatnya.

aku adalah seorang USTAZAH, mendidik anak-anakku bertatih dari Iqra' hingga berlari mendapatkan Al-Quran.

aku adalah seorang GURU, mengajarkan ilmu dunia yang tak seberapa, hingga ilmu akhirat yang selamanya, sekadar yang aku tahu.

aku adalah seorang PEMANDU, menghantarkan anak-anakku ke sekolah saban pagi.

aku adalah seorang TUKANG MASAK, seawal subuh celik mataku, memikirkan menu agar anak-anak&suamiku tidak berpergian dengan perut yang kosong.

aku adalah seorang CLEANER, memastikan semua isi rumah teratur agar anak-anak&suamiku selesa setiap kali menjejakkan kaki di sini.

aku adalah seorang HAKIM, mengadili setiap perbalahan antara anak-anak kecilku.

aku adalah seorang PENGAWAL, mengawasi setiap gerak geri keluargaku agar mereka sentiasa dalam kondisi selamat dan baik-baik sahaja.

aku adalah seorang PENIAGA, mencari sedikit lebih wang untuk cover-up keperluan harian suami&anak-anakku, dengan membuat kerja sambilan.

tak cukup di sini aku menceritakan siapa aku. kenyataannya adalah tetap sama, AKU ADALAH SEORANG IBU. seorang ibu yang memastikan yang terbaik untuk setiap anak-anak&suami.
seorang ibu yang pantas mengalirkan air matanya bilamana hati kecilnye disentuh dan diguris.
seorang ibu yang sanggup berbuat apa shj utk menggembirakan dan menyenangkan hati anak-anak dan suaminya.
seorang ibu yang selalu merindukan kebahagiaan dan pertemuan hingga di syurga kelak .

ya , AKU LAH IBU ITU !

insya-Allah , semua ni di creditkan utk semua ibu ibu di dunia. hari hari adalah hari ibu. semoga setiap penat lelah ibu menjaga kesihatan jasmani dan rohani kita, mndapat imbalan berkali-kali ganda di akhirat kelak. ape yang ibu perlu tahu, aku tahu setiap yang ibu rasakan. BERSABARLAH kerana setiap janji Allah itu benar.

iloveyou IBU.
forever love and special creditted to IZATUN NAIMAH MOHD ALI.

alhamdulillah kerana aku dikurniakan ibu & abah seperti kalian !

salamun alaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan