Isnin, Jun 07, 2010

shala , adif . . . HILANGG ? ? ? ?


ATTENTION: MISSING IN ACTION !
KUALA LUMPUR - 7JUN2010 , Sekumpulan kanak-kanak yg dikenali sebagai Izzal , Zikry , Aqilah , Annis dan Hadif masing-masing berusia antara 3 hingga 10 tahun telah bermain kejar2 dari tingkat tujuh banggunan Pangsapuri Seri Malaysia di sini malam tadi . Saksi aksi kejar mengejar yang hanya ingin sebagai Kak Ngah yakni saya sendiri sedang melepak bersama kawan lama di aras 6 . Saksi berkata , dia telah mrngarah kan budak-budak tu untuk main di tingkat atas . Tapi , tak sangka pulak budak-budak itu terlebih "advance" sehingga mereka naik hingga ke tingkat ke 11 (rasanye .) mungkin , mereka tersalah tafsir kata-kata yg disampaikan oleh saksi tadi .
Saksi kemudian mengikut saksi kedua pergi ke rumah maksu nye untuk meng"ONLINE" myspace sekejap . Beberapa detik kemudian , saksi menerima panggilan daripada abahnya . "Iya , adek-adek ade dgn kamu ke ? ish , balek cepat . adek2 kamu hilang tu ! semua tengah cari diorang !" kata abah saksi kepada saksi itu sendiri . Saksi p0n mngambil keputusan utk balik ke rumah neneknya .Dalam perjalanan pulang , Annis merintih kesedihan sambil berkata , "emak , mane emak annis . emak , nak emak ." . Insiden sedih itu disaksikan oleh keluarga mangsa (saya juge turut serta menyaksikan) serta orang kampung yang menjumpai kanak-kanak tersebut di tingkat berapa pun saye tak tahu .
Orang kampung yang jumpa Annis dan Hadif menceritakan saat-saat mereka pening kepala mencari pintu rumah pemilik kepada kanak-kanak tadi . "Rumah kita tak guna lif ni la . rumah kita gune lif sane !", "Ni bukan rumah kita !", Kata Hadif kepada mak cik-mak cik yang teman diorang mengecam pintu rumah . "Shuu , diam diam , jangan nangis dah !" kata Hadif kepada Annis sambil memegang erat tangan adik sedaranya itu .
p/s : Tragedi ini tidak bermula dari atas dan tidak berakhir disini . sedikit cerita telah dipotong kerana abah korg xbayar pon petikan akhbar ini . :D jadi , jgn marah laa kalau kisah ini dicerita kan dengan tidak "full version" . hehe .
HAPPY 3rd BIRTHDAY SHALA (annis suhaila) !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan