Sabtu, September 14, 2013

[curhat] NIKMAT YANG DITARIK

-----aimi_suhaimi-----

subuh yang tersenyum
wajah pucat pagi
segar terhirup udara hari ini.
terngiang hari semalam.
nikmat yg dipulangkan.
senyum
dan terus tersenyum
kerana yg dipulang akan diganti dengan yg lebih baik kan?
"maka nikmat Tuhanmu manakah yang telah kamu dustakan?"

coretan hari ni bukan utk berbasa-basi,
jauh sekali minta simpati.
sekadar utk peringatan diri sendiri
nikmat Allah yang kadang kita lupa nk syukuri

-----aimi_suhaimi-----

"kau ni pekak ke ape? dari tadi aku panggil asik xdengar je!"
"humm.. lucu lah awak ni. berapa lama eh xkorek telinga ? asik tersalah dengar je. huhu.."

hanya mampu mengukirkan senyuman.
luaran.
dalam hati,
ni nikmat ke ujian?
nak menangis buat apa ?
pahala mencurah kut! (^_^)
teringat pujukan Allah yg menetapkan senyuman di bibir ni,

"Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hatikerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.” (Ali-Imran : 139)

usai isya' kelmarin,
"Eh, esok subuh jgn nk tido balik k. kul 7am kte gerak gi Ampang Puteri Specialist Hosp." - Abah
"humphh.. okay boss", sambil lari lari somel (baca=comel) masuk bilik, tidur [bajet bajet takut terlajak tidur lepas subuh lettew konon nya]

sebelum tidur, teringat waktu buat ujian audio time pertengahan form 4 dulu.
"akak, agak agak akak lah kan, apa yg menyebabkan kita ni pekak eh?", soalan budak utk akak nurse.
"adik, adik x pekak, adik cuma kurang pendengaran je. kalau pekak, dah xblh nk tlg apa dah. kena guna bahasa isyarat je lah dik. alhamdulillah nikmat Dia masih ada utk adik :')"
okay, bergenang! humphh..

nak dipendekkan dan shotcut-kan ceritanya,
settle buat ujian audio bagai,
waktu consultation dgn Dr.Aminuddin Saim (Dr, ni saya promot Dr ni, blh dapat hamper sebiji x? ^_^)

"based on result yg dapat ni, dye xde pun masalah gegendang loose ke apa ke. ni masalah SARAF. dye ni dulu kecik kecik lambat bcakap ke? selalunye org yg ad masalah gini, ad masalah dalam nk berkomunikasi or dalam nk belajar. ni kalau dah masuk UTP ni, kira hebat lah ni." - tny Dr.Amin pd abah.
"saya dah lama dduk dgn org yg ada masalah pendengaran. kadang dorg ni bijak je, tapi still kerana kekurangan dorg ni, org pandang dorg sbgi SEORANG YG BODOH.:'(", sambung Dr.Amin. sentap!
"xde plak Dr. laju je dye bcakap. byk je cerita dye nk cerita. HAHA." - Abah
"ada pelat pelat x ?"- Dr.Amin

aku pandang Dr, smbil try geliat geliat lidah,
"humph, xde lagi lah setakat ni. huhu. anyway Dr, mmg sakit ni xblh nk diubati eh? operation ke ape ke. hehe. sy rela."
"haih, kalau lah sy dpt cipta ubat ni, dah dpt noble prize dah sy ni. huhu.. setakat ni xde lagi org yg invent ubat utk rawat saraf pendengaran. utk stakat skrg, sy hny mmpu suggest awk pkai hearing aid je"
"kos dye cane eh ?"
"tu sy xdpt jamin lah. tapi range harga utk sepasang, around RM5k-10k"
"xpe lah Dr. sy redha ^_^"


"Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk makhlukNya)." (Furqaan : 20)

senyum lagi.
Alhamdulillah.
moga nikmat yg ditarik ni,
tak melemahkan aku utk terus berbuat utk Dia.
malahan lebih terus gencar dan hebat agar aku dapat berdiri lebih tinggi dari mereka yg kelihatan seolah SEMPURNA :')

-----aimi_suhaimi-----

dan kerana ujianMu, 
menyentak relung imanku
utk terus bersyukur dengan berjuta nikmat yg Kau bg utk si dungu.
Si Dungu,
yg jarang bertanya khabar syukur,
asyik senang dengan dunia yg menipu.
Allahu,
panjangkan hidupku dengan pengabdian yg luhur
IKHLAS HIDUP HANYA UTK ALLAH!
Tuhanku yg Satu.

-----aimi_suhaimi-----

Tiada ulasan:

Catat Ulasan