Isnin, September 16, 2013

FAHAM vs SURUH

sapu skrin, tiup cermin mata.
okay, comel. ehem!
bismillah..

"akak, mcm mana nk bagi orang dengar nasihat kita eh?", musykillah waktu zaman muda remaja dlm dunia tarbiyyah.

"mudah."


"eh? macam mana tu?", serupa soalan Fatimah kt atas ni haa..

just a simple analogi.

nampak makcik lingkungan separuh ingat separuh tak ingat, melintas jalan dengan tongkat comel,
situasi 1 : "Makcik, jgn melintas sesuka hati! nanti kena langgar"
situasi 2 : "makcik, kalau nak lintas, minta lah sesiapa tlg papahkan ye. bahaya melintas sendiri kt sini, lagipun kereta tengah laju.. klau makcik nk melintas sendiri jugak, blh. tapi tengok kiri dan kanan ye. org sekarang bukan blh percaya sgt makcik.. takut takut dorg speed 170km/h, haa.. kan ke makcik tak rasa dah nak melintas kt jalan ni lagi. huhu"

nampak x permainan nya di situ ?
situasi 1 menunjukkan, Si Polan menyuruh makcik tu buat apa yg beliau perlu buat, instead of situasi 2 that is.. memahamkan makcik tu, kenapa beliau perlu berbuat. walaupun situasi 2 tu nmpk lebih panjang, tp at least, makcik tu faham kenapa dye kena melintas elok elok, berbanding rasa terpaksa dengan berbuat tanpa kefahaman.

"humphh.. bepusing sgt ceritanya. cuba kasi analogi or cerita yg clear sikit.."

okay,
kita tahu kawan karib kita kapel,
situasi 1 : weh! kau jgn kapel.. kapel tu haram. kau nak masuk api neraka ke buat benda benda haram ni ? wa la taqrabuzzina! haha.. jadi, berhentilah kapel ye wahai sahabatku.
situasi 2 : [sharekan video tentang masalah ummat]. eh pernah dgr hadis tentang, sebaik baik perempuan tu adalah perempuan yg x dipandang dan tak memandang? :) maksudnya, kalau kita mahalkan diri kita, insya-Allah Allah akan bg kita org yg berusaha utk me'mahal'kan dirinya jugak. bestkan. memang fitrah manusia tu ingin dicintai dan mencintai.. tapi sayangnya, ramai yg terikut jalan yg salah. walhal Allah dah sediakan jalan yg halal pun. [cerita tentang kesan mendekati zina, statistik rogol & buang anak, etc]

begitu juga dalam setiap keadaan dan suasana.
dalam gerak kerja dakwah, dalam mood study, dalam setiap keadaan sekalipun, fahami dan fahamkan lah.

selalunya, org yg tak faham atau kurang faham ni mudah 'pancit'.
sebab apa ?
sebab dah penat berbuat.
berbuat untuk apa ?
berbuat untuk jaga hati kawan yg menasihatkan.
wallahualam.

dan dari sisi yang lain pulak,
dokleh gak mengharapkan org utk bagiiii je kefahaman kt kita ni ha.
dah tu, bila org suruh tp xfaham,
mula lah..
"dah kau nak paksa paksa ni, kenapa?"
"dah aku ni memang slow and lmbt nak faham, nk buat camno"

kita pun, take part lah dalam nak mencari kefahaman tu :) 
mudahkan urusan sendiri, mudahkan urusan org lain. 

setiap orang, cara mendapatkan kefahamannya berbeza.
ada yang buat dulu baru faham, ada yg kena faham dlu baru blh buat.

sama macam kita nak handle Gas Chromatography,
ada org yg, kena faham dulu cane nk pkai Gas Chromatography ni, apa je pantang larang nye, baru blh start experiment..
ada org lain plak, kne handle dulu baru faham. (tunggu GC meletup dulu ke cane? huhu..)


-----aimi_suhaimi-----

dunia itu bulat atau bujur ?
atau mungkin,
bersegi ?
Apakah ?
dan itulah namanya Ilmu.
kalau tidak dicari,
masakan Ilmu lekat di hati ?
paling tidak pun, ia sekadar datang dan pergi.
dan esok,
mungkin kita dah tak ingt lagi.

fahamilah.
agar kau mampu ajarkan pada yang lain.
dan agar ia terus lekat di hati.

-----aimi_suhaimi-----

segala khilaf hanya dari aku. moga Allah terus ampuni mana yg silap.

Sabtu, September 14, 2013

[curhat] NIKMAT YANG DITARIK

-----aimi_suhaimi-----

subuh yang tersenyum
wajah pucat pagi
segar terhirup udara hari ini.
terngiang hari semalam.
nikmat yg dipulangkan.
senyum
dan terus tersenyum
kerana yg dipulang akan diganti dengan yg lebih baik kan?
"maka nikmat Tuhanmu manakah yang telah kamu dustakan?"

coretan hari ni bukan utk berbasa-basi,
jauh sekali minta simpati.
sekadar utk peringatan diri sendiri
nikmat Allah yang kadang kita lupa nk syukuri

-----aimi_suhaimi-----

"kau ni pekak ke ape? dari tadi aku panggil asik xdengar je!"
"humm.. lucu lah awak ni. berapa lama eh xkorek telinga ? asik tersalah dengar je. huhu.."

hanya mampu mengukirkan senyuman.
luaran.
dalam hati,
ni nikmat ke ujian?
nak menangis buat apa ?
pahala mencurah kut! (^_^)
teringat pujukan Allah yg menetapkan senyuman di bibir ni,

"Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hatikerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.” (Ali-Imran : 139)

usai isya' kelmarin,
"Eh, esok subuh jgn nk tido balik k. kul 7am kte gerak gi Ampang Puteri Specialist Hosp." - Abah
"humphh.. okay boss", sambil lari lari somel (baca=comel) masuk bilik, tidur [bajet bajet takut terlajak tidur lepas subuh lettew konon nya]

sebelum tidur, teringat waktu buat ujian audio time pertengahan form 4 dulu.
"akak, agak agak akak lah kan, apa yg menyebabkan kita ni pekak eh?", soalan budak utk akak nurse.
"adik, adik x pekak, adik cuma kurang pendengaran je. kalau pekak, dah xblh nk tlg apa dah. kena guna bahasa isyarat je lah dik. alhamdulillah nikmat Dia masih ada utk adik :')"
okay, bergenang! humphh..

nak dipendekkan dan shotcut-kan ceritanya,
settle buat ujian audio bagai,
waktu consultation dgn Dr.Aminuddin Saim (Dr, ni saya promot Dr ni, blh dapat hamper sebiji x? ^_^)

"based on result yg dapat ni, dye xde pun masalah gegendang loose ke apa ke. ni masalah SARAF. dye ni dulu kecik kecik lambat bcakap ke? selalunye org yg ad masalah gini, ad masalah dalam nk berkomunikasi or dalam nk belajar. ni kalau dah masuk UTP ni, kira hebat lah ni." - tny Dr.Amin pd abah.
"saya dah lama dduk dgn org yg ada masalah pendengaran. kadang dorg ni bijak je, tapi still kerana kekurangan dorg ni, org pandang dorg sbgi SEORANG YG BODOH.:'(", sambung Dr.Amin. sentap!
"xde plak Dr. laju je dye bcakap. byk je cerita dye nk cerita. HAHA." - Abah
"ada pelat pelat x ?"- Dr.Amin

aku pandang Dr, smbil try geliat geliat lidah,
"humph, xde lagi lah setakat ni. huhu. anyway Dr, mmg sakit ni xblh nk diubati eh? operation ke ape ke. hehe. sy rela."
"haih, kalau lah sy dpt cipta ubat ni, dah dpt noble prize dah sy ni. huhu.. setakat ni xde lagi org yg invent ubat utk rawat saraf pendengaran. utk stakat skrg, sy hny mmpu suggest awk pkai hearing aid je"
"kos dye cane eh ?"
"tu sy xdpt jamin lah. tapi range harga utk sepasang, around RM5k-10k"
"xpe lah Dr. sy redha ^_^"


"Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk makhlukNya)." (Furqaan : 20)

senyum lagi.
Alhamdulillah.
moga nikmat yg ditarik ni,
tak melemahkan aku utk terus berbuat utk Dia.
malahan lebih terus gencar dan hebat agar aku dapat berdiri lebih tinggi dari mereka yg kelihatan seolah SEMPURNA :')

-----aimi_suhaimi-----

dan kerana ujianMu, 
menyentak relung imanku
utk terus bersyukur dengan berjuta nikmat yg Kau bg utk si dungu.
Si Dungu,
yg jarang bertanya khabar syukur,
asyik senang dengan dunia yg menipu.
Allahu,
panjangkan hidupku dengan pengabdian yg luhur
IKHLAS HIDUP HANYA UTK ALLAH!
Tuhanku yg Satu.

-----aimi_suhaimi-----