Jumaat. Hari kuliah habis awal, hari tiket
balik awal, semua nye nak settle awal. Pa’ah atau nama sebenarnya, Syarifah
Syaribuu. Haih ? politik betul nama tu kan. Nak di panggil nama syaribuu, dah
politik sangat, nak dipanggil syarifah, kerabat lah pulak. Yg melekatnya, Pa’ah
jugak lah~ Pa’ah antara campusmate yang tak terlepas dari menjadi pelanggan
tetap ETS saban Jumaat.
“weh pa’ah, ko balik kl nanti sape hantar?
Tket kul berapa ?”
“blk dgn izzati(bukan jantina sebenar). Dye
hanta pakai kancil dye. Tket aku kul 1.05pm nanti. Awatnya ?”
“oh? Camtu meh ak jak lah hantar. T ak try
pinjam moto sapa sapa yg available. Lagipun, ‘Izzati’ tu kan nk g solat jumaat
lagi, nk hntr ko g ktm lagi. Sian dye. Kang x pasal2 terlepas solat jumaat
gara-gara berkorban utk kawan ak yg comel ni. Mndengar khutbah masa solat
jumaat kan rukun.”
“xpa lahh. Sian kau t aku susahkan kau
pulak. huhu”
“haih, drama menda pulak ni. Ak xkisah
lah.. biar susah di dunia, jgn susah di akhirat. whooshh. Gila protected kan
aku kt kwn kwn aku ni! Haha,”
“kau serious ni ? dahlah KTM tu jauh, ko nk
hntr pakai motor pulak ? kalau kau teman je dye hantar aku g sana boleh ?”
sengih nampak gusi.
“weh, gila apa hang ? pastu nk aku balik
berdua jak dgn dia ? haih, makin parah ni.. habis fitnah naik 1 campus ni.
Haha.. dah dah.. pegi packing barang kau siap siap. By hook or by crook, ak try
jugak cari motor. Insya-Allah dlm kul 12.30pm ni ak pick up kau kt parking
belakang blok deh. Jangat lambat! Chiaoo ~”
---------------------------------------------------------------------------------
Dengan kelajuan tahap minyak dah xboleh nak press dan dengan berkat
jagaan Allah,
20minit perjalanan menyaksikan 2 gadis dengan ‘beg balik kampung’ di
atas motor.
Usai tiba,
“weh, thanks tau hantarkan aku. Seriously terharu gila dgn
pengorbanan kau”
“xdek benda lah. Dah Allah amanahkan kita utk pelihara ukhuwwah demi
Dia kan J sebab tu Dia datang kan aku kat kau. Sbb Dia nk aku jaga kau.
Especially jaga kau dari ‘Izzati’ tu. HAHA,”
Senyum, kedua-duanya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi
sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang
apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari
cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat
kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan