Sabtu, Disember 24, 2011
sila BERSABAR !
Ahad, Oktober 30, 2011
DAKWAH ditakutkan sesat , HIBURAN pula mcm mana ?
Sabtu, Oktober 29, 2011
AIB dibalas AIB
Khamis, Oktober 20, 2011
PERKHEMAHAN dgn hny RM60 SAHAJA ?
Khamis, Oktober 06, 2011
lirik lagu CINTA FACEBOOK .
bismillah . . dan SALAM ALAIK , #berkata2 dlm nada yg sgt girang ! XD
awak , kamu dan anda . . sila jawab dgn mggunakan nada yg sama ye . .
ini satu arahan !
*sambil buat muka tegas ala-ala guru besar ! XD
takut tak takut tak ??
ehem ehem . testing testing sepuluh , sedozen , sepapan . . okay , suara dah nice. music smua okay ?
kte nk karok lagu molotup ni . HAHA ,
first of all ,
sorry ampun asif to NAJWA latif sebab Aunty sukasuka edit lagu beliau ni .
takpe takpe , ni tandanye Aunty sukaaa lagu dia . kan kan najwa :) heheh , #artis lain sila cemburu okeh ,
so so , disini , Aunty dah tolak tambah bahagi darab sedikit sbyk lirik asal C.I.N.T.A mukabuku ni .
smoga dpt lah di amik iktibar oleh smua lapisan masyarakat lagi lagi pengguna FACEBOOK yg xmngira size dan bangsa ye ,
tap tap tap tap , satu dua tiga go ! #sila nyanyi ikut rentak asal :)
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Perlukah aku, buka peluang untukmu
Tertanya-tanya , mana rasa malu ku
Iman kata jangan nafsu pula kata ya
nak buat pahala atau nk tambah dosa ?
Harus istikharah dan follow Quran saja
Ini cinta yang menipu
Itulah nafsu yang satu, pemburu dosa baru..
sekian , trimakaseyyyy ,
smoga korang , mereka serta semuasemuanye dpt lah amik ibrah(pengajaran) dari lagu yg disunting dan digunting khas tbaik dari gadisBINTANG ni eh :) may Allah bless us all . salam alaik ,
Rabu, September 21, 2011
ramainya diKONSERT.sikitnya diFORUM
Sabtu, September 17, 2011
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH .
Sabtu, September 03, 2011
tersasul MENCARUT ? ape cerita ni ?
Kadang2 kita keluarkan statement “tak cerdik lah kau ni”
Tapi kita xsedar yg budak tu lg educated, berbudi bahasa and pandai guna otak lg baik dari kita
Kalau org yg dicarutkan itu adalah sorg yg tak cerdik , mksdnye kita jauh lebih tak cerdik lah dari org tu ? mcm tu ?
Kadang2 kita kata “kucing betul lah kau ni !”
Tapi kita xsedar yg org yg kte carutkan tu , pnciptaannye same dgn kte . ade hidung , kaki , mata . . smua yg kita ade , dye ade
Kalau org yg dicarutkan itu adalah “KUCING” , mksudnya ,. Kita pun kucing lah ? mcm tu ?
Kadang2 kita tengking mngatakan “kurang ajarrr betul kau ni kan ,”
Tapi kita xsedar yg org tu lebih pandai susun kata kata and fikir sblum bcakap dari kita yg sukaa cakap lepas tnpa berfikir .
Kalau org tu kurang ajar , maksudnya kita adalah org yg lebih kurang ajar ? or mungkin , xpernah belajar ? mcm tu ?
Ape . . . bila kita mencarut , kita rase kita hero ? kita rase kita macho ?
Harap maklum , xde sape nk pandang org yg belum bljr beradab mcm kita kalau kita terus hidup dgn perangai mcm ni .
Cuba angkat tgn sikit sape yg sukaa kt org yg sukaa keluarkan kata kata kesat .. ?Jom , kte bjemaah kira sape yg sudi . Xd
Konklusi kat sni ,
Berfikirlah sblum bkata2 .
Kawallah rasa amarah yg di didik oleh syaitan dan di teruskan oleh nafsu tu
Even hadith pun ade mngatakan , "org yg kuat adalah org yg dpt mngawal rasa marahnye" .
Jgn kerana lidah yg slalu bsembunyi dlm mulut ,
Jadi pnyebab maruah kte hilang .
Jgn kerana lidah yg tajam ibarat laser malahan lebih power dari laser,
Jadi pnyebab org hilang respect kt kte .
sebagai penutup ,
dan sbgai peringatan untuk KITA lagi lagi si tukang tulis ni ,
Jaga lidah , jaga hati , jaga iman , jaga amal
Harap semua yg baca dpt terasa
Sbb , kdg2 , rase terasa tu yg menyedarkan kesilapan yg pnah kte buat dulu
Jom sama2 belajar utk berubah .
chill eh :) Wassalam .
Selasa, Ogos 23, 2011
BERSANGKA BAIK itu perlu , BERSABAR itu keperluan :)
Rabu, Ogos 17, 2011
tafsir ayat AL-QURAN SESUKAHATI ?
Isnin, Ogos 15, 2011
SECEBIS DI PETANG RAMADHAN
Isnin, Julai 11, 2011
kenapa DOA TAK TERMAKBUL LAGI ?
Rabu, Julai 06, 2011
bila JAKUN naik ETS .
Sabtu, Julai 02, 2011
AKU TAK LAYAK NAK BERDAKWAH LAGI LAH !
Ahad, Jun 19, 2011
UKHUWAH-bukti caring
Rabu, Jun 15, 2011
CERPEN CINTA TERBAEK !
SALAMUN ALAIK ,
Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..
Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?
Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..
Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..
Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan
dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya
Allah masih lagi sayang kita…
Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..
Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?
Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..
Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab
badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak
nafas..
Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung
tau..
Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar
supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita,
khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi
suami awak.
Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...
Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil
jumpa bakal kak ipar dia ni..
Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join
kita? Kacau daun la nanti..
Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah
rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak
tak segan ke?
Nora Elena : Ermmm....
Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?
Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.
Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna
alasan family saya ok!
Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak.
Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke
masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah
kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?
Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok.
Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!
Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah..
Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua
tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah
gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat
biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang
dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga
saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali
kepada fitrah sebab ingin berubah.
Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya
baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat
sayangkan mereka.
Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!
Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak
dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya.
Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap
dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan
macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak
merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan
saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi
teruk saya layan.. Kejamnya saya..
Saya sayangkan awak, tapi..
Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin
dikatakan oleh Seth pada dirinya…)
Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan
awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan
masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita
buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak
korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita
& terus biar kita hanyut dengan duniawi…
Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di
pipinya..)
Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang
yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.
Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)
Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…
Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?
Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana
saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf
teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang
awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah
dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima
kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah..
Assalamualaikmum...
(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak
menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan
perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana
kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan
keredhaan Allah SWT)
Sabtu, Jun 11, 2011
servis PERCUMA sepanjang hayat
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”
Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”
atau…
"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Biarka n E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Amin…